Monday, 17 August 2015

MEE RACUN BATU PAHAT

Assalamualaikum, 

Syawal dah berakhir, pasti macam2 menu dah kita makan kan, ketupat, rendang, lemang, laksa, mee bandung, mee rebus, soto dan macam2 lagi.. 

Tapi korang pernah rasa tak MEE RACUN... haaaaa... terkejut mak.. 

Kalau rasa sakit hati, dan rasa macam nak bunuh diri.. Ingatlah Allah.. lepas tu kita makan la MEE RACUN ni.. Insyaallah, kita akan terus beramal ibadah dan lupa perkara yang sakit hati.. kakaka 

MEE RACUN ni cuma ada jual kat batu pahat je.. yang saya tau la.. macam MEE BANDUNG MUAR.. asal dari muar, skrg kat KL pun dah ada.. kalau kat Johor Bahru pulak famous MEE REBUS HAJI WAHID.. Banyak kan menu MEE kat johor ni.. 

Jom kita makan MEE RACUN.. 

MEE RACUN SPECIAL 


Mee Racun special ni ada tulang gear box, tu yang ada straw.. Straw tu digunakan untuk sedut isi tulang ye, bukan utk sedut kuah mee racun.. 

MEE RACUN BIASA

Haaa.. yang ni MEE RACUN BIASA, tak de tulang gear box.. hanya mee dan bahan2 serta kuahnya sama je.. tu sbb tak de straw.. 

CENDAWAN GORENG 

Sambil menunggu oder MEE RACUN sampai, boleh la makan cendawan goreng ni.. sedap.. pastu cicah pulak ngan sambal kicap.. memang maverlous.. kalau kat KL, cendawan goreng tak de pun nak cicah2.. kalau kat johor ni, semua cicah sambal kicap, goreng pisang, ubi goreng dan cendawan goreng pun cicah sambal kicap.. 

MODEL FREE MEE RACUN 

Ni anak aku, dia jadi model untuk menunjukkan kenikmatan untuk menjamu selera MEE RACUN yang baru dihidangkan, panas2.. 


Adoi mak aiii.. meleleh la org yang baca blog ni bila tgk gambar anak aku menikmati gear box MEE RACUN.. memang sedapppp


slurpppp... sedut nak, jangan tak sedut... isi gear box tu memang enak.. tulang gear box ni adalah tulang bahagian atas dan bawah peha kambing... kepada yang tak suka kambing, tapi bila makan MEE RACUN ni lupa yang ini adalah kambing.. sedappp.. 


Ni la lokasinya.. 

Cerita punye cerita.. asyik tgk gambar je.. tapi tak tau kat mana lokasinya kan.. ini la lokasinya.. Taman seri jaya, batu pahat.. kalau dari bandar batu pahat menghala ke air hitam, sebelum sampai ke BP Mall, akan nampak kedai MK Curtain kat corner tu, terus je belok kiri.. dan terus dalam 40m akan jumpa kedai kek dan roti Family, berhenti kat situ, dan toleh ke belah kanan, ada lorong dan ada sign board MEE RACUN.. haaa itu la kedainya.. senang kan.. nak lagi senang.. meh aku bagi no GPS.. sebab aku dah set.. 

ni la no GPS MEE RACUN

tengok la time tu.. dah kul 6.20 petang.. perut dah kenyang.. apa lagi.. balik rumah mak untuk berehat.. dah bungkuskan untuk mak dan bapak.. supaya mereka pun akan merasa keracunan MEE RACUN.. kekeke 

Yang ni lokasi kedai MEE RACUN yang lain 

Yang ni kedai makan MEE RACUN jugak.. lokasinya berhadapan hotel Pine Tree Batu Pahat.. tapi menurut citarasa ahli keluarga aku yang telah merasa kedua2 tempat warung MEE RACUN ni.. yang kat Seri Jaya lagi sedap dan 5 bintang.. yang tempat ni sedap jugak.. tapi kurang ummmppp... korang boleh la mencuba kedua2 tmpat jika ada banyak masa... sbb tekak masing2 tak sama.. 

SELAMAT MENJAMU SELERA MEE RACUN 



























Thursday, 13 August 2015

SYAWAL 1436H

Assalamualaikum, 

Selamat hari raya aidilfitri 1436H 

Syawal hampir melabuhkan tirainya. Syukur alhamdulilah kita dapat meraikan hari raya dengan gembira sekali. Syukur alhamdulilah, setiap tahun aku sentiasa ada disisi mak dan bapak pada hari raya pertama sejak kecil hingga la berkahwin dan dah ada anak. Ini kerana suami aku anak yatim piatu, jadi memang tak payah la nak gaduh2 balik raya mana kan.. Lagipun, rumah dia selang 2 kampung je.. 10 minit dah sampai.. 

1 Syawal 1436H / 17 Julai 2015M 

Telah diumumkan pada malam raya, hari raya aidilfitri jatuh pada hari jumaat bersamaan 17 Julai 2015M. Syukur alhamdulilah, aku sekeluarga telah selamat sampai sehari sebelum hari raya. 

Di pagi hari raya, aku sekeluarga telah bangkit di awal pagi untuk bersiap menunaikan solat subuh dan seterusnya bersiap untuk solat sunat hari raya. 

Alhamdulilah, aku dapat menunaikan solat hari raya bersama suami dan anak2.. Aku bawa sofia yang sudah berumur 2 tahun untuk solat di masjid. Syukur alhamdulilah, dia tak banyak ragam dan dia tidur ketika takbir raya dilaungkan. 

Setelah selesai solat hari raya, kami sekeluarga akan berkumpul untuk mengadakan tahlil ringkas sebelum acara bermaaf-maafan. Tahlil ini dibawa oleh bapak ku sendiri. Di pagi hari raya ini, hanya anak perempuan mak dan bapak je yang ada, iaitu keluarga aku dan kak nab. Walaupun hanya dua keluarga je yang ada, kemeriahan hari raya dapat dirasai kerana anak kak nab je dah 10 orang.. riuh rendah la jugak, walaupun anak aku cuma 3 orang je.. 

Bergambar di pagi hari raya

Acara bermaaf maafan di pagi hari raya

Sessi nak bagi duit raya

Kami sebenarnya tak pernah pun berpakat ngan adik beradik untuk tema baju raya, sbb masing2 ada pilihan masing2 kan.. maka tak sangka la, tema kita tahun ni hampir sama, walaupun anak2 kak nab nak kan colour blok iaitu pink biru.. itu la dinamakan keserasian adik beradik kan.. 

Apabila dah selesai pada pagi hari raya tu.. mula la episod berhari raya ke rumah sanak saudara.. biasanya kami akan mengunjungi rumah saudara sebelah suami aku di parit yusof, parit jawa dan muar. Raya sampai malam la. Manakala kak nab sekeluarga akan mengunjungi saudara belah bapak dan mak sbb dia org akan balik ke lenga juga pada petang atau malam tu, utk berhari raya di sana pulak. 

Aku ni dah memang saudara mara pun kat sini, belah suami pun kat sini.. tak kemana2 la.. pegi raya jauh2 pun akan balik rumah mak semula. 

Bergambar bersama mak angkat suami ku 
"mak besah" 

2 Syawal 1436H / 18 Julai 2015M 

Pada hari raya kedua, bermula la episod marhaban lelaki dari rumah ke rumah, pada tahun ini, marhaban akan bermula dari rumah bapak. Maka, pagi2 dah bangun dan nak siapkan juadah untuk marhaban. 

Atas permintaan suami, aku buat la steamboat sop dgn mee hon untuk juada marhaban lelaki kali ini.. tahun lepas, marhaban sampai kat rmh bapak dah petang, so aku bagi makan roti dan kuah durian je. 

Apabila suami dan anak2 lelaki pergi marhaban, aku dok rumah je la, tunggu tetamu datang dan layan la tetamu mak bapak yang datang. Dah memang tiap2 tahun, aku je yang ada kat rmh mak hinga 3/4 hari raya. Ini la masanya untuk aku berjasa kat org tua. 

Pada malam nya, kami pergi berhari raya ke rumah cikgu patan namanya. Tiap2 tahun kami akan datang beraya ke rumahnya.. Ini la satu2 nya cikgu yang suami ku akan kunjungi dan kenal lebih rapat lagi. 

3 Syawal 1436H / 19 Julai 2015M 

Pada hari raya ketiga, marhaban perempuan pula datang dari rumah mak. Aku masak lagi, kali ni permintaan bapak aku pulak, nak mee hoon goreng, so buatla 3 bungkus mee hon goreng. Alhamdulilah habis.. 

4 & 5 Syawal 1436H / 20 & 21 Julai 2015M 

Kami beraya lagi rumah sanak saudara yang tak habis lagi dikunjungi sebelum balik ke KL. 



Ini la nyai uda yang masih sihat.. 
Mak tiri kepada mak.. 

Beraya rumah kak nab 


Syukur alhamdulilah, kami selesai beraya pada syawal yang kelima... dan kami balik kl untuk teruskan tugas dan persekolahan anak. 

sebelum sampai KL, kami singgah rumah pak sedara suami kat alor gajah.. Pak Ngah nya tak de la nak bergambar sbb dia sibuk kat dapor.. kami selfie sendiri je.. hihi 



10 Syawal 1436H / 26 Julai 2015M 

pagi2 ahad dah bangun sebab nak hantar nizam balik asrama di ipoh. Allah permudahkan perjalanan kami, tak de la jalan jem dan sesak. 

Selamat sampai di Barakah

Alhamdulilah, raya setahun sekali kan.. ini la senarai saudara mara yang kami kunjungi hanya apabila hari raya... Dasyat tak.. kikiki 

10 senarai saudara suami yang jumpa setahun sekali 
1. Man Iteng 
2. Mak Ngah Sri Dalam 
3. Pak Ngah Bukit Mor 
4. Kak Imah 
5. Kak Pati 
6. Kak Pati 
7. Pak Wan 
8. Pak Ngah Alor Gajah 
9. Cikgu Patan 
10. Mak Long Pt Bunga 

5 senarai saudara saya yang jumpa setahun sekali 
1. Mak ngah 
2. Mak usu 
3. Cik Mamat 
4. Nyai Uda 
5. Abang Yunus 


Nasib la ada raya, kalau tak langsung tak berjumpa kami ngan saudara mara.. Nampaknya senarai saudara suami lebih banyak dari isteri... Hihihi

Kalau tak de kematian atau majlis perkahwinan memang tak berjumpa la dgn senarai ahli saudara tu.. 

Nama  penuh saudara mara tu tak pernah pun ku ketahui, selalunya sebut mengikut trademark je.. yg penting ingatan silaturahim.. 

Setakat disini saja coretan aidliftri aku kali ini. Semoga jumpa lagi di entry yang lain.. 

" SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI" 

" MAAF ZAHIR DAN BATIN"