Wednesday, 27 April 2016

Kurniaan Allah diatas rezeki Tahun 2016

Assalamualaikum dunia.. 

Syukur alhamdulilah, diatas kurniaan rezeki yang dikurniakan kepada saya sekeluarga.. Tahun 2016 memberi beribu erti dengan berjuta rezeki buat kami sekeluarga.. 

Rezeki dikurniakan buat suami ku yang tersayang, adalah beliau dinaikkan pangkat dari jawatan kumpulan pentadbiran dan sokongan kepada jawatan eksekutif pada Mei, 2015 yang lalu.. 

Tahniah sayangku kerana kenaikan pangkat tersebut, semoga gaji dan rezeki yang diterima lebih diberkati untuk kita sekeluarga.. Insyaallah.. 




Rezeki terus mengalir ke isterinya yang dikasihi.. Alhamdulilah, aku terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada musim haji 1436H.. aku pergi kerana menjalankan tugas dan terus dapat menunaikan haji disana.. syukur alhamdulilah.. 

Walaupun sedih kerana meninggalkan keluarga selama 40 hari, namun Allah permudahkan segala urusan ku ditanah suci dan ahli keluarga yang ditinggalkan di Malaysia.. walaupun perit untuk suami ku menguruskan anak tanpa isteri, dan rindunya aku pada suami dan anak2... namun Allah sentiasa melindungi dan membantu suami dan anak-anakku.. 





Rezeki Allah tidak putus disini.. Anak pertama ku, Mohammad Nizamuddin yang sedang mengaji di pusat tahfiz telah terpilih sebagai pelajar terbaik dan ditempatkan ke dalam kelas tahfiz sepenuhnya mulai Januari 2016. Sekarang ni, beliau dah dapat menghabiskan 5 juzuk dan target untuk setahun adalah 10 juzuk. cukup 3 tahun dia di barakah nanti akan capai 30 juzuk.. Insyaallah, anakanda terus berjaya untuk menjadi tahfiz yang berjaya.. 





Rezeki juga mengalir ke anak kedua ku, Muhammad Nasiruddin yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di pusat tahfiz barakah pada April 2016. Walau pun terlewat dan telah hadapi berbagai-bagai dugaan sekolah yang dia masuk, namun rezeki Allah akan ditentukan juga.. Beliau kini sedang menghafal bersama abangnya di Pusat Pendidikan Barakah.. 






Tak lupa juga rezeki yang ditentukan untuk anak perempuan ku, Siti Nur Syazani Sofia yang kini berusia 3 tahun tak lama lagi.... Anak dara sorang ni penyeri rumah ku.. walaupun abang2nya jauh dimata, dia la yang menghiburkan kami dirumah dikala sunyi.. semakin bijak, pandai dan pintar... Beliau juga akan menjadi kakak tidak lama lagi.. Insyaallah.. 



Moga Allah terus kurniakan rezeki dan limpahkan kurnia keberkatan buat kami sekeluarga. Semoga keimanan, ketakwaan dan kekhusyukan kami dalam melakukan ibadah terus istiqamah dan mendapat keredhoan oleh Mu Ilahi.