Assalamualaikum,
Jom try makan ayam kampung, memang sedap dan terbaek dari kampung
Meh nak ajar step2 untuk makan ayam kampung ni, selalunya kita kat bandar, beli kat pasar ayam dah bogel2.. potong2.. bawa balik, basuh dan masak..
Nie ayam kampung kita mula dari tangkap dan sampai kita makan sampai ke tulang..
Jommmm ikut 10 step ni...
1. Tangkap Ayam
Ada pelbagai cara nak tangkap ayam ni, oleh kerana ayam mak aku ni dah jinak, tak yah nak pasang perangkap sangat la.. tabur je jagung bagi makan, ayam ni akan datang makan, masa tu kita dtg la dekat2 sikit, pastu pegang kakinya... traappp... ayam akan terkejut dan menjerit, kita kene rileks, kalau kita pun terkejut, ayam pun terlepas, dan kita pun melepas la nak makan. Teringat la kisah si nizam nasir masa kecik2 dulu, nenek suruh tangkap ayam, dia pegi ambik spray nyamuk pastu dikejar ayam tu dgn spray.. alasannya, kita spray la ayam tu sampai pengsan nenek, mcam kita spray nyamuk.. senang sikit nak tangkap... gelak guling2 aku dibuatnya.. nenek pulak tepuk dahi... hahahah
2. Sembelih ayam
Dah dapat tangkap ayam tu, ikat kakinya dan mula la kejutkan atok.. atok/bapak aku akan sembelih ayam tu, nak minta dia sembelih ni, kene tgk time dia la.. kalau dia dah mandi dan nak tidor, jgn la aku kejutkan suruh sembelih ayam, nanti aku yg kene sembelih adalah.. dia punye time, dia baru balik dr kebun, pastu dia tgh duduk minum kopi dan hisap rokok, haaa masa tu la ckp "pak, sembelihkan ayam ni"... baru la sengih2 bapak nak gi sembelih ayam.. pastu dia akan mandi dan tidor,, mesti bapak tidur senyum sbb bangun nanti dah ada lauk ayam panggang.. senang kan bapak aku ni.. kekekeke
3. Rendam Air Panas
Tengah tunggu ayam tu mengucap dan mengguling2 dari nyawa nya, kita pegi rebus air panas dulu.. Air panas ni nanti untuk direndam ayam yang dah disembelih tu. Tujuannya, untuk memudahkan mencabut bulu ayam tersebut.
4. Cabut bulu ayam
Ni part yang paling malas sekali, nak kene cabut bulu ayam. Tapi pengalaman kat anak2 aku ni,, seronok pulak dia org ni cabut bulu ayam. Ye la kan... kat bandar selalu tgk ayam dah tak de bulu kan.. 3 beradik ni bekerjasama untuk mencabut bulu ayam. Periuk yang berisi air tu adalah air panas yang kita rendam ayam tadi, jangan rendam lama sgt, nanti tercabut dengan kulit2 nya sekali..
5. Bersihkan
Apabila dah siap cabut bulu ayam tu, bersihkan la ayam tu, keluarkan isi perut nya, untuk dipanggang, aku potong dua je.. lagi puas di makan.. ayam kampung ni, sebelum disembelih nampak je besar, tapi bila dah dilapah, kecik je pun.. tapi kalau ayam kampung yg besar2, dagingnya liat sbb dah tua.. lebih baik ambik ayam kampung yg masih dara.. memang sedap dan manis.. Tengok si nasir ni... semangat sbb dapat membersihkan ayam ni.. dan melaung... "mak, cepat masak ayam ni, nak makan"
6. Perap dan panggang
Untuk seterusnya, kita perap dengan garam, halia dan bawang putih yang dah ditumbuk.. pastu balut daun pisang dan panggang didalam kuali ajaib ni.. mudah kan... sejak aku bagi pemanggang ajaib ni, mak suka sangat masak yang berpanggang2.. dia kata senang dan mudah.. ok.. kita panggang ayam ni dalam masa 30 - 45 minit... sambil2 tu, kene la terbalikkan kuali ni, kalau tak tak masak sepenuhnya.
7. Sambal Kicap
Sambil menunggu ayam masak, kita buat sambal kicap... ada org yang suka makan ngan sambal asam.. mcm kami ni org kampung, memang sambal kicap je yg paling sedap.. nak buat sambal kicap ni senang je.. ambik cili dalam 20biji, buang batangnya, seulas bawang putih, garam dan kicap.. tumbuk cili, bawang putih dan garam sehingga lumat.. pastu tuang ke dalam mangkuk dan letakkan kicap... taraaa... siap la sambal kicap ni.. "ops, lupa nak snap gambar sambal kicap".. tapi korang boleh imagine kan sambal kicap mcm mana kan..
8. Sesi Riadah
Selain itu, anak2 akan menjalankan aktiviti seterusnya, sementara menunggu ayam panggang siap.. apa lagi.. main bola la dia org ni.. tak kira panas ke letih ke... kalau dah balik kg, dan halaman yg luas,, sedap la kakinya nak menyepak bola tu sepuas hatinya.. yang sikecil sofia ni pun nak joint sekali... gasak la korang ye,, janji jgn ada yg cedera udah le..
9. Makan
Dah siap, ayam kampung panggang... jom makan,... dah hidang.. dah kejut kan atok.. jom sila makan.. baca doa dulu... ngap ngap ngap.. memang sedap.. hingga tak sempat la nak snap.. tapi si nizam ni memang org yang berselera makan.. hingga ke tulang terakhir dia masih lagi bersila makan.. seronok atok dan nenek tgk cucunya makan.. dia ni dah pemalu orangnya, dan dah tak suka ambik gambar.. so, bila mak nak snap dia cepat2 pusing kan badan.. ini la jadinya..
10. Kemas
Haaaa... dah habis makan, apa lagi... kemas la pinggan mangkuk kuali periuk ye... jangan nak tinggal je.. baring depan tv sambil usap perut sbb ayam kt dalam tu... ngehhh.. rumah mak bapak aku ni tak de org gaji.. so masing2 kene rajin.. anak2 aku pun aku kerah suruh kemas tau.. korang jgn nak ngada2.. ek eleh.. mcm la korang nak dtg makan kt rmh aku kan... tetamu tak pe.. memang dilayani... peace yo...
Sekian dahulu untuk menu ayam kampung panggang.. nanti kita cerita lagi di masa akan datang..
kalau nak melalui pengalaman ni, jom la balik kampung kita.. skrg ramai kawan2 kita dah tak de kampung, dan tak merasa nikmat kampung... ada la juga kawan2 kita yg pernah sampai kampung kita.. walau pun rmh mak kita tak semewah org lain, tapi pengalaman di kampung tu membuatkan mereka seronok... dah ramai anak2 angkat mak bapak aku ni, semuanya dari kawan2 dan sedara2 yg tak de kampung.. mak bapak aku ni peramah dan suka melayan org2.. itu yg ramai org serasi berjumpa dengannya..
Wasalam