Tuesday, 27 December 2011

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS & SPA

jom mandi kolam panas.. kat mana?? pasti ramai yang tak tau kan.. mari kita ke Felda Sungkai, Perak.. 
disana terdapatnya kolam air panas.. tempatnya cantik dan nyaman, suasana kampung dan jauh dari kesibukan kota.. 



harga tiket masuk, tak la mahal sangat.. berbaloi2.. 
dewasa RM12 
kanak-kanak RM10 
warga emas RM7
OKU RM2 


kereta tak boleh dibawa masuk ye,, kenderaan diletakkan diluar dan keretapi mini disediakan bagi yang tak suka berjalan atau pun sakit kaki.. tak perlu risau.. 

bagi yang inginkan dapatkan kesihatan yang baik, boleh la menyusuri laluan titi kayu untuk sampai ke kolam air panas,.. banyakkan berjalan utk mengurangkan tahap kolestrol,.. tak gitu cik kak.. 


jika anda masuk daripada pagi dan hingga ke petang, tak perlu bimbang untuk mengerjakan solat zuhur dan asar, kemudahan surau disediakan dengan keadaan yang selesa, bersih dan luas.. ingat dunia ingat akhirat..


tempat duduk bagi ibu bapa yg menunggu anak2 yang tak ingat dunia mandi manda.. tempat yg redup, bawah pokok sawit je tu.. agaknya la, kat belakang rumah atok nenek kita tu, blh juga buat tempat berehat mcm nie, sungguh nyaman.. hahaha 


inila tempat yang budak2 suka, sebab air dia tak panas pun, air sungai je.. bila dah mandi tak ingat nak balik, tak ingat nak berhenti main.. asal jumpa air je, kegembiraannya melebihi tahap gaban tu... hehehe 


disini disediakan tempat untuk merebus telur, guna air panas semulajadi.. memang betul2 panas la air yg nie.. 
masa yang sesuai utk rebus telor 
1/4 boil = 2 minit 
1/2 boil = 3 minit 
3/4 boil = 4 minit 
full boil = 6-7 minit 
pandai2 la adjust masa tu ye.. 


telor luar tak blh bawa ye, gerai jual telur ada disediakan.. 
5 biji = RM2.50, 30 biji = RM12 
disediakan sepeket kicap dan sudu serta mangkuk.. 


yang nie, kolam air panas suam2.. sesuai untuk budak2 bagi yang suka main air, tapi takut ngan panas.. 


kolam yang nie barula panas suam2 kuku, dan sumber airnya dari air panas semulajadi.. budak2 kurang suka mandi kat sini, sebab tak sejuk dan tak de tempat gelongsor mcm yg kat atas tu.. tapi elok la sesiapa yg inginkan terapi di sini.. berendam lama2 mcm spa, badan pun terus segar.. 


jika anda sesat, tak perlu risau, location map ada disediakan.. yang penting anda pandai membaca dan tidak rabun.. hahaha 

sekian. 















YUSOFF LAKSA, KUALA KANGSAR

jom kita menjamu selera di petang hari.. makan laksa pun sedap.. walaupun saya nie orang johor, tapi saya sukakan menu2 dari negari lain.. 


disini saya perkenalkan Laksa Perak.. kami makan di Yusoff Laksa, Kuala Kangsar.. kat sini, memang banyak gerai yang menjual laksa.. semuanya sedap, tapi kami memilih kedai Yusoff Laksa untuk menikmati laksanya.. 

gerainya memang sempoi, tapi laksanya memang terbaekk

laksa perak, kuahnya cair tapi memang cukup rasa.. 

ABC.. terbaeekk 

durian kuala kangsar

tak cukup dgn makan disitu, bungkus lagi utk menu makan malam

lepas makan, window shoping kat gerai2 disini, ada macam2.. labu air, pisau, parang, barangan rotan dan macam2 lagi,,, semuanya buatan orang kuala kangsar.. 

kan saya dah kata, kat sini majoriti semua gerai akan menghidangkan laksa.. yang nie di panggil Laksa Zimbo, bukan zombi ye.. kalau nak tau apa perbezaannya kenela mencuba.. tapi dah makan satu gerai, tak laratla naka makan gerai lain.. mungkin lain kali, bila datang lagi, boleh cuba lak yang nie.. 
sekian. 
















MASJID NEGERI PULAU PINANG

berjalan jalan jugak, tiba waktu solat, wajib la menunaikan rukun islam ke-2 tu ye.. 
pasti ada yang tidak sedar, setiap masjid pasti ada keunikannya.. 


disini saya tunjukkan keunikan MASJID NEGERI PULAU PINANG.. masjid nie dirasmikan pada 29 Ogos 1980 bersamaan 18 Syawal 1400H, masjid lama tapi menarik dan terdapat ciri-ciri yang unik di dalamnya.. 

istiadat pembukaan rasmi masjid negeri pulau pinang 


mensyukuri nikmat di hadapan masjid 

 luas dan selesa, lampu pun cantik.. 

dinding pemisah bagi jemaah lelaki dan perempuan


pokok nie hidup ditengah2 dan ditutupi ngan bumbung kalis cahaha.. cantik.. 

tempat wuduk yang unik bentuknya.. 

disediakan kiosk jualan air sejuk dan panas.. 

kawan2, rugi kalau kawan2 lepaskan peluang untuk bersolat di masjid.. setiap masjid pasti ada keistimewaannya, bukan sahaja tempat perangian atau pelancongan sahaja yang menarik,, rumah Allah pun sentiasa suci dan bersih.. 

Wassalam.. 







THE WORLD'S LARGEST TOY MUSEUM

kat mana toy museum nie?? pasti ada yg dah sampai, dan pasti ada yang tak tau kat mana tempat nie??? 
Toy Museum nie kat Pulau Pinang.. kawasannya di hadapan Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah.. 


muzium ini adalah hak milik persendirian oleh tuannya.. walaubagaimanapun, tuan yg membina muzium nie amatla kreatif dan boleh mendatangkan keuntungan dlm perniagaannya.. 


bila cuti sekolah, ramaila pengunjungnya.. ianya dikenakan caj bayaran masuk bagi dewasa RM10 manakala kanak-kanak RM6 sahaja.. 


macam-macam jenis replika kartun dan patung-patung mainan didalamnya.. ada batman, superman, spiderman, dan kartun-kartun yang glamour.. klau bawa anak2 yg memang minat kartun, dia yg akan menerangkan kita nama-nama watak kartun tu pada kita... sbb dia org yg lebih arif hal tu dr kita.. 

manakala anak2 saya pula, sibuk nak ambik dan bawa balik patung kegemarannya.. tapi minta maaf ye.. semuanya hanyalah untuk pameran sahaja.. tidak dibenarkan dipegang dan dibawa pulang.. 

Batman 
dapat bergambar pun jadilah.. 

House of Horror


 Mr been pun ada.. 

Ninja Turtle

dan macam-macam lagi replika kartun yang anda boleh tengok dan imbas zaman kanak2 dimana kita membesar dengan watak-watak kartun tu.. 







KUALA LUMPUR

sape tak kenal KL... semua tau KL tu kat mana kan... KL short for KUALA LUMPUR, tapi ada yg gunakan juga KL tu sebagai KANDANG LEMBU, KUALA LANGAT, KUALA LIPIS... dan mana-mana yg ada permulaan huruf K dan L.. 

kami menetap di Kuala Lumpur dah hampir 10thn++... kalau tak tau tempat kat KL, mesti orang akan kata, "hai, dah lama dok KL, tapi tak pegi2 lagi ke tempat2 tu"... memang pedas la kalau dpt ayat mcm tu.. sabor je la.. 

Tempat-tempat menarik yang telah kami lawati sepanjang 10thn nie adalah.. 

1. Hospital Besar Kuala Lumpur : harusla.. tempat nasir dilahirkan pada tahun 2003 
2. Masjid Negara Kuala Lumpur : hari-hari pergi, sebab anak2 sekolah agama di sana sejak tahun 2008
3. Dataran Merdeka : pun hari2 datang, sbb saya bekerja di sana 

Dataran Merdeka

4. KLCC : setiap hari lalu, sbb laluan ke tempat kerja... 

KLCC

5. Menara Kuala Lumpur : adalah sekali pergi makan kat restoran angkasa pada tahun 2010 

Restoran Berputar Sri Angkasa, Menara Kuala Lumpur

6. Tasik Perdana : apabila hujung minggu bereakreasi la disana 
7. Masjid Wilayah Kuala Lumpur : masjid yang menarik, dan disitu la nasir dinobatkan naib johan Taska 5 tahun pertandingan azan.. 
8. Muzium Negara : disana kami bertemu DJ Hot FM pada tahun 2010 
9. Aquaria KLCC : memang menarik, canggih dan dinamik 
10. Zoo Negara : tempat nie je kami tak pergi lagi.. 


dan tempat-tempat lain di kuala lumpur... nanti aku update lagi ye.. 


Wednesday, 14 December 2011

JOHOR DARUL TAKZIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


aku mulakan blog ini dengan negeri kelahiranku iaitu di Johor.. aku dilahirkan di kampung semerah, dibesarkan di semerah, disekolahkan di semerahkan sehingga la aku melanjutkan pelajaran di peringkat lepasan SPM.. 


Semerah terletak di daerah Batu Pahat. Kedudukan semerah pula adalah diantara sempadan daerah Batu Pahat dan Muar. Dari bandar batu pahat ke semerah lebih kurang 30minit, manakala dari Muar ke semerah mengambil masa lebih kurang 45minit atau 1 jam.. 


Kebanyakkan di sepanjang jalan dari Muar ke Batu Pahat anda akan menemui nama-nama kampung yang agak pelik namanya contohnya Parit Bakar, Parit Jawa, Sungai Balang, Sarang Buaya, Parit Sidek, Parit Kuda, Simpang Lima, Parit Sulong, dan macam-macam lagi... ada nama parit, nama sungai, nama orang... mesti kat kampung di negeri lain, tak ada nama macam2 tu kan... hehehehe 
keluarga saya tahun 2006


Jodoh ku tak jauh mana pun, selang 2 kampung dari semerah, namun berlainan daerah.. suamiku berasal dari Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof, Muar.. hanya ambil masa 10 minit untuk sampai dari rumah saye ke rumah suami... 


Kampung kami amat aman, damai dan seronok.. bila musim buah, sangat meriah.. ada macam2 buah boleh dapat... durian, rambutan, manggis, kelapa pandan, pulasan, dukong, dan lain-lain la... 


raja buah


macam-macam aktiviti yg boleh dilakukan di kampung... boleh bermain, bersukan, berreakreasi dan mcm-mcm lagi..


panjat pokok kelapa