aku mulakan blog ini dengan negeri kelahiranku iaitu di Johor.. aku dilahirkan di kampung semerah, dibesarkan di semerah, disekolahkan di semerahkan sehingga la aku melanjutkan pelajaran di peringkat lepasan SPM..
Semerah terletak di daerah Batu Pahat. Kedudukan semerah pula adalah diantara sempadan daerah Batu Pahat dan Muar. Dari bandar batu pahat ke semerah lebih kurang 30minit, manakala dari Muar ke semerah mengambil masa lebih kurang 45minit atau 1 jam..
Kebanyakkan di sepanjang jalan dari Muar ke Batu Pahat anda akan menemui nama-nama kampung yang agak pelik namanya contohnya Parit Bakar, Parit Jawa, Sungai Balang, Sarang Buaya, Parit Sidek, Parit Kuda, Simpang Lima, Parit Sulong, dan macam-macam lagi... ada nama parit, nama sungai, nama orang... mesti kat kampung di negeri lain, tak ada nama macam2 tu kan... hehehehe
keluarga saya tahun 2006
Jodoh ku tak jauh mana pun, selang 2 kampung dari semerah, namun berlainan daerah.. suamiku berasal dari Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof, Muar.. hanya ambil masa 10 minit untuk sampai dari rumah saye ke rumah suami...
Kampung kami amat aman, damai dan seronok.. bila musim buah, sangat meriah.. ada macam2 buah boleh dapat... durian, rambutan, manggis, kelapa pandan, pulasan, dukong, dan lain-lain la...
raja buah
macam-macam aktiviti yg boleh dilakukan di kampung... boleh bermain, bersukan, berreakreasi dan mcm-mcm lagi..
panjat pokok kelapa
No comments:
Post a Comment