Tuesday, 24 April 2012

BUKIT FRASER

SALAM KAWAN2.. 

Jom kita ke bukit fraser... jom jom jom... semua orang tau ke bukit fraser tu kat mana?? ada yang pernah sampai tak?? 

saya pun first time gak sampai ke sini.. jalannya penuh berliku.. siapa yg tak tahan mabuk, kene la kuat mental.. supaya blh sampai gak.. jalannya kecik, berliku2 dan amat menakutkan jugak.. kalau jalan waktu malam.. emm, seram.. 

Sepintas lalu apa mengenai Bukit Fraser.. 


 Apa yang ada kat bukit fraser nie.. kat sini tak ada shoping kompleks ye.. cinema pun tak de ye.. disini alam semulajadi kehidupan flora dan fauna.. tak besar mana pun bukit fraser nie.. pusing2 kat situ jugak.. 1 hari buat lawatan dah cukup.. tapi nak naik ke atas tu seksa.. mcm tak confident, jalannya.. 



Dalam perjalanan ke bukit fraser nie, anda akan berjumpa ngan kawasan air terjun.. amat cantik sekali, airnya sejuk je.. 


Alhamdulilah, kita nie dok kat Malaysia... sejauh mana kita pegi, setinggi mana kita pergi,, pasti ada tempat utk kita beribadat.. singgah sebentar untuk menunaikan solat zohor disini.. Masjid nie cantik dan simple..tak perlu aircon dan kipas, sebb dah sejuk.. air paipnya pun sejuk sangat.. 



Kat sini kedai makannya terhad.. dan harganya pun fuhh.. boleh tahan mahalnya.. ikan keli seekor RM5, ayam goreng RM8.. memang makan tengahari mccam nak telan pun takut, dan sayang kalau tak habis.. kene habiskan, mahal tu.. bersyukur la kita dok dekat ngan pasar dan harga yg berbaloi2 tu.. kalau dok seminggu kat bukit fraser nie, mau kosong terus duit.. huhuhu 


Solat sudah, soru pun sudah.. jom cari rumah penginapan.. pusing punye pusing.. tak jumpa banglo KWSP nie kat mana.. rupanya dia share ngan Pine Resort.. dah lalu 2/3 kali, tapi tak de logo KWSP.. memang kat sini.. byk je Agensi2 lain share ngan Pine Resort nie.. ada banglo Mybank, TNB, Telekom.. 




"SELAMAT BERISTIRAHAT"




DI ANTARA PEMANDANGAN YANG CANTIK DARIPADA BANGLO KWSP YANG KAMI DUDUK.. 

Memang cantik tempat nie.. sesuai untuk menenangkan fikiran, jauh daripada masalah.. menghirup udara yg segar... dan jauh daripada kesibukan kota.. mak saya pula teruja tgk bunga2 yang cantik dan dia adala ambik beberpa benih bunga utk ditanam... 

Sebelum pulang, tak sah kalau tak bergambar di Menara jam Bukit Fraser nie.. ini tandanya kita dah sampai di sini.. memang seronok pegi sini, tapi nak sampai ke sini yg tak seronok.. dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga semuanya mabuk dan muntah2.. pening ngan jalan yg berliku2.. huhuhuu 






Walaupun keadaan cuaca nampak panas mataharinya.. tapi sejuk..  sangat sejuk.. 











Tuesday, 3 January 2012

i-CITY SHAH ALAM

Selamat Tahun Baru 2012,, semoga tahun baru memberi semangat baru kepada sahabat2 semua.. mulanya tahun baru 2012, saya bukakan cerita di i-City Shah Alam.. anda dah sampai kesana? tentu ada yg dah sampai, dan ada yang belum berkesempatan utk kesana.. 


apa yang menarik kat i-City nie??? emmm.. bagi saya tiada apa yg menarik sangat, yg membuatkan ramai orang menuju kesitu kerana ingin melihat keindahan lampu2 yang dijadikan pokok.. sebuah taman lampu2 bercahaya.. tapi memang cantik la.. lain dari yang lain.. tak ada bandar yang dipenuhi ngan cahaya lampu2 mcm nie.. 






tips untuk kesna, kalau anda dari kuala lumpur, melalui lebuhraya persekutuan (federal highway) dan terus menuju ke shah alam, dan ikut signboard ke i-city.. tak susah mencari tempat nie, senang je, ikut je sign board i-city, pasti jumpa... 


kalau anda masuk pada jam 6am - 6pm : caj paking RM1 tetapi pada jam 6pm - 6am : caj parking menjadi 10kali ganda iaitu RM10.. tiada caj untuk pengunjung, hanya caj untuk kenderaan sahaja.. bagi mengelakkan bayaran parking menjadi panjang, anda boleh la buat bayaran dahulu di autopay station yang disediakan sebelum bersiar2 di lampu2.. kerana anda tidak dihadkan tempoh masa utk keluar selepas bayaran dibuat.. 'dah bayar, bila2 masa boleh keluar'.. parking yang disediakan memang banyak.. tapi, jika anda nak elakkan caj masuk kenderaan, boleh la paking di luar kawasan i-city, tapi jauhh  nak menapak masuk tu... bayar je la.. 


semalam cuti tahun baru saya telah kesana, bertolak dari rumah KL lebih kurang jam 5++ ptg.. sampai sana, pusing sana pusing sini, singgah dulu masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menunaikan solat mahgrib.. selepas selesai solat kami terus menuju ke i-city, wah.. kenderaan dah mula sesak nak masuk, oleh kerana semangat nak tgk lampu2, kami pun masuk jgk selepas beratur panjang.. 

anak2 dah sibuk lapar, dari rumah tak makan pun, makan tengahari je.. dia org nie memang kuat makan.. saya fikirkan kat dalam i-city adala gerai2 yg sempoi, utk makan.. rupanya tak ada.. semuanya highclass.. yg paling low pun KFC je... tapi ramainya umat2,, tak sanggup nak masuk.. entah2 ayam punn tak sempat nak goreng ngan betul,, huhuhu.. dan jalan2 lagi.. adala gerai al-rawsha.. wah, tak kan nak makan nasi arab pulak... tak kene selera,, nanti entah berapa lak bil nya nanti.. last2, nampak la old town white coffe... ramai jugak org, tapi nasib kami baik, bila kami tanye waitress kat situ, terus dpt meja.. mula la oder.. fuh 1 jam pas oder baru dpt makanan.. sabor je la.. adakah salah hari datang? atau salah masuk?,.. dah lapor, makan je la... 


dah kenyang makan, kuar je dari restoran nie, org pun dah mula sesak, anak2 sibuk nak masuk snowalk.. fuh.. tak sanggup.. ramai sgt manusai.. ckp kat dia org, lain kali je la.. dan terus balik rumah, smpai rumah kul 12mlm.. time kami nak kuar,, kami tgk kenderaan yang nak masuk pun masih bersesak-sesak lagi.. entah la bila pulak mereka nak kuar nie.. 


sekian..