Tuesday, 3 January 2012

i-CITY SHAH ALAM

Selamat Tahun Baru 2012,, semoga tahun baru memberi semangat baru kepada sahabat2 semua.. mulanya tahun baru 2012, saya bukakan cerita di i-City Shah Alam.. anda dah sampai kesana? tentu ada yg dah sampai, dan ada yang belum berkesempatan utk kesana.. 


apa yang menarik kat i-City nie??? emmm.. bagi saya tiada apa yg menarik sangat, yg membuatkan ramai orang menuju kesitu kerana ingin melihat keindahan lampu2 yang dijadikan pokok.. sebuah taman lampu2 bercahaya.. tapi memang cantik la.. lain dari yang lain.. tak ada bandar yang dipenuhi ngan cahaya lampu2 mcm nie.. 






tips untuk kesna, kalau anda dari kuala lumpur, melalui lebuhraya persekutuan (federal highway) dan terus menuju ke shah alam, dan ikut signboard ke i-city.. tak susah mencari tempat nie, senang je, ikut je sign board i-city, pasti jumpa... 


kalau anda masuk pada jam 6am - 6pm : caj paking RM1 tetapi pada jam 6pm - 6am : caj parking menjadi 10kali ganda iaitu RM10.. tiada caj untuk pengunjung, hanya caj untuk kenderaan sahaja.. bagi mengelakkan bayaran parking menjadi panjang, anda boleh la buat bayaran dahulu di autopay station yang disediakan sebelum bersiar2 di lampu2.. kerana anda tidak dihadkan tempoh masa utk keluar selepas bayaran dibuat.. 'dah bayar, bila2 masa boleh keluar'.. parking yang disediakan memang banyak.. tapi, jika anda nak elakkan caj masuk kenderaan, boleh la paking di luar kawasan i-city, tapi jauhh  nak menapak masuk tu... bayar je la.. 


semalam cuti tahun baru saya telah kesana, bertolak dari rumah KL lebih kurang jam 5++ ptg.. sampai sana, pusing sana pusing sini, singgah dulu masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menunaikan solat mahgrib.. selepas selesai solat kami terus menuju ke i-city, wah.. kenderaan dah mula sesak nak masuk, oleh kerana semangat nak tgk lampu2, kami pun masuk jgk selepas beratur panjang.. 

anak2 dah sibuk lapar, dari rumah tak makan pun, makan tengahari je.. dia org nie memang kuat makan.. saya fikirkan kat dalam i-city adala gerai2 yg sempoi, utk makan.. rupanya tak ada.. semuanya highclass.. yg paling low pun KFC je... tapi ramainya umat2,, tak sanggup nak masuk.. entah2 ayam punn tak sempat nak goreng ngan betul,, huhuhu.. dan jalan2 lagi.. adala gerai al-rawsha.. wah, tak kan nak makan nasi arab pulak... tak kene selera,, nanti entah berapa lak bil nya nanti.. last2, nampak la old town white coffe... ramai jugak org, tapi nasib kami baik, bila kami tanye waitress kat situ, terus dpt meja.. mula la oder.. fuh 1 jam pas oder baru dpt makanan.. sabor je la.. adakah salah hari datang? atau salah masuk?,.. dah lapor, makan je la... 


dah kenyang makan, kuar je dari restoran nie, org pun dah mula sesak, anak2 sibuk nak masuk snowalk.. fuh.. tak sanggup.. ramai sgt manusai.. ckp kat dia org, lain kali je la.. dan terus balik rumah, smpai rumah kul 12mlm.. time kami nak kuar,, kami tgk kenderaan yang nak masuk pun masih bersesak-sesak lagi.. entah la bila pulak mereka nak kuar nie.. 


sekian.. 

No comments:

Post a Comment