Sunday, 23 November 2014

TOKOH PELAJAR 2014 SRA UMAR ABDUL AZIZ

Assalamualaikum, 

Tahniah... Tahniah... Tahniah... 

Amat terharu apabila anak mak nie dianugerahkan Tokoh Pelajar Tahun 2014 di Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz, Masjid Negara.. 


Diantara testimoni yang dibacakan oleh guru semasa nak umumkan tokoh pelajar ni adalah

>>> Seorang anak lelaki telah dilahirkan di Hospital Selayang
>>> Ayahnya seorang Pegawai Eksekutif dan Ibunya bertugas sebagai Penolong Juruaudit
>>> Anak sulung daripada 3 beradik 
>>> Seorang pelajar yang rajin berusaha untuk berjaya 
>>> Sering terpilih dalam pertandingan ihtifal 
>>> Menjadi imam dalam solat zuhur dan asar di sekolah 
>>> Pelajar ini manis orangnya dan ramai peminat 
>>> Yang terbaru beliau menjadi jenazah dalam program pengurusan jenazah di sekolah 
>>> Pelajar yang dimaksudkan adalah MOHAMMAD NIZAMUDDIN BIN ZAMRI 

Amat la terkejut mak dan menangis kegembiraan 
Amat la tidak disangka 
Amat la berbangga 
Amat la kecewa sikit sebab ayahnya tidak dapat hadir 



Syukur alhamdulilah.. anak lelaki pertama mak ni berjaya dan terus berjaya.. dan menjadi contoh kepada adik-adik ye.. 




Sunday, 16 November 2014

RIADAH CARA KITA

Assalamualaikum, 

Jom beriadah.. 

Ada berbagai cara untuk kita beriadah

1. bersiar di tasik
2. bersiar di taman 
3. berwindow shoping 
4. jalan-jalan pusing bandar 
5. pegi minum kedai mamak
6. dan macam-macam lagi.. 

Tapi cara kita beriadah ialah dengan berkebun 



Iye... itu cara kita.. 

Sapa yang boleh tahan dengan beriadah cara ni.. panas, nyamuk, habuk, kotor dan tak selesa bagi orang-orang bandar.. 

Tapi kami memang asal dari kampong, jadi kami didik anak-anak kami cara kampong.. 

Jom berkebun.. memang seronok.. 



Anak-anak memang seronok.. sebab dapat berpeluh.. bau asap daun nie.. memang best.. rasa fresh sangat.. 
Memang rugi sapa yang tak de kampung halaman kan.. 

OK. Bye.. jumpa lagi.. 



Thursday, 13 November 2014

PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH

Assalamualaikum, 

PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH adalah sebuah institusi pengajian pondon moden yang dimiliki dan dibangunkan oleh USTAZ KAZIM ELIAS (UKE) 



Kami kesini atas jemputan untuk menghadiri temuduga anak sulung kami yang akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran disini pada tahun hadapan. Nombor giliran nya adalah 42/83 orang yang hadir. 


Sambil menunggu nombor giliran di panggil, kami semua duduk dalam surau. Antara soalan yang akan diuji adalah hafazan 50, bacaan al quran 50, sahsiah diri 10 dan ujian bertulis 20 markah. Total markah penuh adalah 130 markah. 

Seperti yang ustaz kata, bukan mudah untuk hafal quran, dan bukan susah untuk hafal quran.. Alhamdulilah, nizam dapat menghafal surah ra'du dari ayat 1 hingga 10


Program interview ni berlangsung hampir 1 hari la juga. Dari pendaftaran hingga ujian bertulis. Datang kul 8 balik kul 4 petang. Ujian bertulis berlangsung pukul 2 petang. 

Sambil-sambil tunggu nizam di interview. Biasa la yang sofia tak reti dok diam dan suka ambil perhatian orang lain. 


Kawasan kompleks ni cantik dan tenang sebab di tepi tu ada tasik dan dikawasan kampung. Memang tenang la kalau nak study. Blok asrama pun nampak kemas. en.zamri adala masuk kawasan asrama lelaki tu. memang terbaik la. 




Insyaallah, kalau ada rezeki dapatla nizam sambung belajar kat sini. Kene tunggu 3 minggu baru dapat tau keputusannya. Calon interview 83 orang, tapi yang nak diisinya hanya 15 orang sahaja. Dan orang yang datang pun semuanya hebat-hebat belaka.





Thursday, 6 November 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum,

Mama, mami, ibu, bonda, mak, ummi  sekalian

Hari ni sya mau kongsikan tentang penyusuan ank, tanggungjawab ayah, tanggungjawab ibu.. 

Allah telah menyebut dalam Al-Quran surah al baqarah ayat 233..

" ibu-ibu hendaklah menyusui anaknya sehingga berumur 2 tahun...


untuk bapa, ayah, daddy, walid pula.. 

dalam ayat yang sama juga,, Allah telah nyatakan 

"kewajipan ayah menaggung nafkah dan pakaian mereka... 

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.. Allah tidak akan membebani umat nya.. 

Wasalam.. 



Jom ke Madrasah Tahfiz Al-Quran

Assalamualaikum.. 

Pada oktober 2014 yang lalu... kami membawa si abang nizam interview di Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah di Parit Jawa..


Sekolah ni selalu kita org nampak bila balik ke kampung.. 

bercita2 nak sekolah kan nizam tahun depan kat sekolah ni.. 

Alhamdulilah.. interview telah berlangsung.. suruh hafal 10 ayat, dia cuma hafal 2 ayat je.. 

Kini.. 

Setelah 3 minggu berlalu.. dah dapat call pun 

Mohammad Nizamuddin berjaya untuk ke Madrasah Tahfiz Al-Quran At Tanwiriah.. 

Sekolah kat sini ke nanti nizam??? 


Kene tunggu tahun depan jawapannya... 

Banyak pulak tawaran yang diterima.. Mak ayah akan doakan sekolah yang terbaik buat nizam ye... 

Wasallam.. 



Tuesday, 4 November 2014

Hello!!!! im come back........

Assalamualaikum, 

Helloooo!!!! Im come back... 







Dah lama menyepi hampir 2 tahun menyendiri... kenapa ye?? 


Malas ke??? Tak juga.... 

Merajuk ke??? Tak juga
Sakit ke??? Tak juga 

Tapi kenapa.. 


Sebab Allah tak izinkan untuk saya meneruskan mencoret lagi... 


Tapi kini.. 


Allah telah izinkan untuk saya membebel terus disini.. banyak perkara yang ingin dikongsi dan percutian yang menarik menanti anda.. 






Saya akan menyambung kisah perjalanan destinasi kami sekeluarga... 


Im come back again... !!!!