Thursday, 13 November 2014

PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH

Assalamualaikum, 

PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH adalah sebuah institusi pengajian pondon moden yang dimiliki dan dibangunkan oleh USTAZ KAZIM ELIAS (UKE) 



Kami kesini atas jemputan untuk menghadiri temuduga anak sulung kami yang akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran disini pada tahun hadapan. Nombor giliran nya adalah 42/83 orang yang hadir. 


Sambil menunggu nombor giliran di panggil, kami semua duduk dalam surau. Antara soalan yang akan diuji adalah hafazan 50, bacaan al quran 50, sahsiah diri 10 dan ujian bertulis 20 markah. Total markah penuh adalah 130 markah. 

Seperti yang ustaz kata, bukan mudah untuk hafal quran, dan bukan susah untuk hafal quran.. Alhamdulilah, nizam dapat menghafal surah ra'du dari ayat 1 hingga 10


Program interview ni berlangsung hampir 1 hari la juga. Dari pendaftaran hingga ujian bertulis. Datang kul 8 balik kul 4 petang. Ujian bertulis berlangsung pukul 2 petang. 

Sambil-sambil tunggu nizam di interview. Biasa la yang sofia tak reti dok diam dan suka ambil perhatian orang lain. 


Kawasan kompleks ni cantik dan tenang sebab di tepi tu ada tasik dan dikawasan kampung. Memang tenang la kalau nak study. Blok asrama pun nampak kemas. en.zamri adala masuk kawasan asrama lelaki tu. memang terbaik la. 




Insyaallah, kalau ada rezeki dapatla nizam sambung belajar kat sini. Kene tunggu 3 minggu baru dapat tau keputusannya. Calon interview 83 orang, tapi yang nak diisinya hanya 15 orang sahaja. Dan orang yang datang pun semuanya hebat-hebat belaka.





No comments:

Post a Comment