Thursday, 23 July 2015

KETUPAT OH KETUPAT

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri

Hari raya telah menjelang tiba pada 1 Syawal 1436H bersamaan 17 Julai 2015M. Hari raya hari yang meriah. Hari kemenangan untuk umat islam yang telah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. 

Jom kita review apa masakan kita pada hari raya.. pasti ada ketupat kan.. 

Macam mana nak buat ketupat? Meh kita bagi 7 langkah yang mudah untuk difahami.. 

1. Petik daun kelapa muda.. orang jawa kata "janor".. daun kelapa yg muda ni berwarna kuning.. daunnya lembut dan mudah untuk dianyam. pastu potong daripada batangnya sehelai-helai.. 


daun janor yg telah sedia utk dianyam 

2. anyam ketupat.. yg ni kene tgk tutoriol kat youtube la.. pada anak muda harus belajar anyam ketupat ni.. senang je.. tak susah pun.. yg penting kene tau asasnya.. pastu pusing la ikut suka.. akan jadi la ketupat sate ke ketupat bawang ke 

menganyam ketupat

3. setelah siap dianyam.. mula untuk memasukkan beras ke dalam kelonsong ketupat tersebut.. ambil beras ikut sukatan banyaknya ketupat yg telah dianyam.. basuh beras bersih2.. 

 
beras yang telah dibasuh dan ketupat yang telah siap dianyam 

4. mulala sesi mengisi beras ke dalam kelonsong ketupat.. masukkan beras sebanyak 3/4 daripada ruang kelonsong tersebut.. jangan isi penuh atau terlalu penuh.. ketupat akan jadi keras sgt.. tak sedap utk dimakan.. 

masukkan beras ke dalam kelonsong ketupat 

5. sebelum tu, perlu didihkan air dalam periuk untuk merebus ketupat tersebut.. sementera mengisi beras dalam kelonsong ketupat tu siap, air pun dah mendidih.. ketupat diikat bersama 5 biji untuk senang dikira dan mudah untuk diangkat nanti.. 

ketupat yang telah sedia untuk direbus

6. ok, air pun dah mendidih, ketupat pun dah siap diisi beras.. masa untuk merebus.. masukkan ketupat yang telah diikat berlima tadi ke dalam air yang telah mendidih.. kemudian tutup periuk dan tunggu ketupat masak.. ketupat direbus selama 3/4 jam untuk dapatkan ketupat yg sedap dan tahan daripada basi.. sambil2 tu kene tengok la airnya.. kalau dah nak kering, cepat2 tambahkan air panas, jangan air sejuk tau.. ketupat akan terbantut nanti.. kalau tak tgk pulak.. jadila ketupat hangus... sbb dah kering airnya.. hihihi

ketupat sedang direbus 

7. Masukkan ke dalam periuk tadi kul 11 pagi.. kita angkat kul 3 petang.. 4 jam kami rebus ketupat ni.. sekarang dah siap ketupat.. dan sedia untuk dimakan... nampak tak.. tadi kita dah ikat berlima kan.. senang untuk diikat.. dan digantung.. kenapa nak kene gantung?.. sebab bagi ketupat tu betul2 kering dan tos daripada air rebusan tadi.. supaya tahan lama dan tak cepat basi.. tapi biasanya memang tak sempat basi pun.. ketupat dah habisss.. 

dah siap... sedia untuk dihidangkan 

Selamat mencuba dan menjamu selera.. ketupat sedap dimakan bersama kuah lodeh, rendang dan kuah kacang.. 

Tapi tahun ni, saya tak buat rendang, tak buat kuah lodeh dan tak buat kuah kacang.. 

Saya masak, sambal goreng, kuah sup tulang dan sambal telor je.. sbb dah tak cukup masa dan esok dah nak raya... 



Inila menu dipagi raya.. masih bertutup sbb belum ada yg makan.. 
semuanya pegi sembahyang raya.. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 



Wednesday, 1 July 2015

AYAM KAMPUNG PANGGANG

Assalamualaikum, 

Jom try makan ayam kampung, memang sedap dan terbaek dari kampung

Meh nak ajar step2 untuk makan ayam kampung ni, selalunya kita kat bandar, beli kat pasar ayam dah bogel2.. potong2.. bawa balik, basuh dan masak.. 

Nie ayam kampung kita mula dari tangkap dan sampai kita makan sampai ke tulang.. 

Jommmm ikut 10 step ni... 

1. Tangkap Ayam 

Ada pelbagai cara nak tangkap ayam ni, oleh kerana ayam mak aku ni dah jinak, tak yah nak pasang perangkap sangat la.. tabur je jagung bagi makan, ayam ni akan datang makan, masa tu kita dtg la dekat2 sikit, pastu pegang kakinya... traappp... ayam akan terkejut dan menjerit, kita kene rileks, kalau kita pun terkejut, ayam pun terlepas, dan kita pun melepas la nak makan. Teringat la kisah si nizam nasir masa kecik2 dulu, nenek suruh tangkap ayam, dia pegi ambik spray nyamuk pastu dikejar ayam tu dgn spray.. alasannya, kita spray la ayam tu sampai pengsan nenek, mcam kita spray nyamuk.. senang sikit nak tangkap... gelak guling2 aku dibuatnya.. nenek pulak tepuk dahi... hahahah 

2. Sembelih ayam 

Dah dapat tangkap ayam tu, ikat kakinya dan mula la kejutkan atok.. atok/bapak aku akan sembelih ayam tu, nak minta dia sembelih ni, kene tgk time dia la.. kalau dia dah mandi dan nak tidor, jgn la aku kejutkan suruh sembelih ayam, nanti aku yg kene sembelih adalah.. dia punye time, dia baru balik dr kebun, pastu dia tgh duduk minum kopi dan hisap rokok, haaa masa tu la ckp "pak, sembelihkan ayam ni"... baru la sengih2 bapak nak gi sembelih ayam.. pastu dia akan mandi dan tidor,, mesti bapak tidur senyum sbb bangun nanti dah ada lauk ayam panggang.. senang kan bapak aku ni.. kekekeke 

3. Rendam Air Panas

Tengah tunggu ayam tu mengucap dan mengguling2 dari nyawa nya, kita pegi rebus air panas dulu.. Air panas ni nanti untuk direndam ayam yang dah disembelih tu. Tujuannya, untuk memudahkan mencabut bulu ayam tersebut. 

4. Cabut bulu ayam 

Ni part yang paling malas sekali, nak kene cabut bulu ayam. Tapi pengalaman kat anak2 aku ni,, seronok pulak dia org ni cabut bulu ayam. Ye la kan... kat bandar selalu tgk ayam dah tak de bulu kan.. 3 beradik ni bekerjasama untuk mencabut bulu ayam. Periuk yang berisi air tu adalah air panas yang kita rendam ayam tadi, jangan rendam lama sgt, nanti tercabut dengan kulit2 nya sekali.. 



5. Bersihkan 

Apabila dah siap cabut bulu ayam tu, bersihkan la ayam tu, keluarkan isi perut nya, untuk dipanggang, aku potong dua je.. lagi puas di makan.. ayam kampung ni, sebelum disembelih nampak je besar, tapi bila dah dilapah, kecik je pun.. tapi kalau ayam kampung yg besar2, dagingnya liat sbb dah tua.. lebih baik ambik ayam kampung yg masih dara.. memang sedap dan manis.. Tengok si nasir ni... semangat sbb dapat membersihkan ayam ni.. dan melaung... "mak, cepat masak ayam ni, nak makan"




6. Perap dan panggang 

Untuk seterusnya, kita perap dengan garam, halia dan bawang putih yang dah ditumbuk.. pastu balut daun pisang dan panggang didalam kuali ajaib ni.. mudah kan... sejak aku bagi pemanggang ajaib ni, mak suka sangat masak yang berpanggang2.. dia kata senang dan mudah.. ok.. kita panggang ayam ni dalam masa 30 - 45 minit... sambil2 tu, kene la terbalikkan kuali ni, kalau tak tak masak sepenuhnya. 



7. Sambal Kicap 

Sambil menunggu ayam masak, kita buat sambal kicap... ada org yang suka makan ngan sambal asam.. mcm kami ni org kampung, memang sambal kicap je yg paling sedap.. nak buat sambal kicap ni senang je.. ambik cili dalam 20biji, buang batangnya, seulas bawang putih, garam dan kicap.. tumbuk cili, bawang putih dan garam sehingga lumat.. pastu tuang ke dalam mangkuk dan letakkan kicap... taraaa... siap la sambal kicap ni.. "ops, lupa nak snap gambar sambal kicap".. tapi korang boleh imagine kan sambal kicap mcm mana kan.. 

8. Sesi Riadah 

Selain itu, anak2 akan menjalankan aktiviti seterusnya, sementara menunggu ayam panggang siap.. apa lagi.. main bola la dia org ni.. tak kira panas ke letih ke... kalau dah balik kg, dan halaman yg luas,, sedap la kakinya nak menyepak bola tu sepuas hatinya.. yang sikecil sofia ni pun nak joint sekali... gasak la korang ye,, janji jgn ada yg cedera udah le.. 



9. Makan 

Dah siap, ayam kampung panggang... jom makan,... dah hidang.. dah kejut kan atok.. jom sila makan.. baca doa dulu... ngap ngap ngap.. memang sedap.. hingga tak sempat la nak snap.. tapi si nizam ni memang org yang berselera makan.. hingga ke tulang terakhir dia masih lagi bersila makan.. seronok atok dan nenek tgk cucunya makan.. dia ni dah pemalu orangnya, dan dah tak suka ambik gambar.. so, bila mak nak snap dia cepat2 pusing kan badan.. ini la jadinya.. 


10. Kemas 

Haaaa... dah habis makan, apa lagi... kemas la pinggan mangkuk kuali periuk ye... jangan nak tinggal je.. baring depan tv sambil usap perut sbb ayam kt dalam tu... ngehhh.. rumah mak bapak aku ni tak de org gaji.. so masing2 kene rajin.. anak2 aku pun aku kerah suruh kemas tau.. korang jgn nak ngada2.. ek eleh.. mcm la korang nak dtg makan kt rmh aku kan... tetamu tak pe.. memang dilayani... peace yo... 


Sekian dahulu untuk menu ayam kampung panggang.. nanti kita cerita lagi di masa akan datang.. 

kalau nak melalui pengalaman ni, jom la balik kampung kita.. skrg ramai kawan2 kita dah tak de kampung, dan tak merasa nikmat kampung... ada la juga kawan2 kita yg pernah sampai kampung kita.. walau pun rmh mak kita tak semewah org lain, tapi pengalaman di kampung tu membuatkan mereka seronok... dah ramai anak2 angkat mak bapak aku ni, semuanya dari kawan2 dan sedara2 yg tak de kampung.. mak bapak aku ni peramah dan suka melayan org2.. itu yg ramai org serasi berjumpa dengannya.. 

Wasalam 




RAMADHAN 1436 HIJRAH

Assalamualaikum, 

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati ramadhan pada tahun ini 1436 Hijrah

Terdapat 10 kelainan aku menjalani ibadah puasa pada tahun ini, iaitu 


1. Puasa bertiga sahaja. 

Tahun ini Nizam tak de bersahur dan berbuka bersama kami dirumah, kerana dia dah masuk tahfiz. Dapatla bersahur 3 kali dan berbuka 2 kali di awal ramadhan sebelum dia pulang ke asrama. Maka hanya ayah, mak dan nasir je bersahur dan berbuka bersama2. 

2. Berbuka dan bersahur di Hotel 

Pertama kali bagi aku dan nasir berbuka di Hotel, ini pun secara kebetulan sebab hantar nizam balik ke asrama hari sabtu, maka terus je la chek in kat Hotel Tower Regency Ipoh. Hotel ini memberi pakej berbuka dan bersahur, memang berbaloi la. 


3. Solat terawih 

Tahun ini, aku dapat joint pegi solat terawih bersama ayah dan nasir. Sebab sofia dah 2 tahun, dah faham erti solat, jadi tak de masalah untuk bawa dia ke masjid untuk bersolat terawih. Sofia pun dapat kawan dan kakak2 yang baik sebab rajin melayan sofia ketika mak tengah solat. Baik anak mak ni, tak kacau org solat. 



4. Surau LTH 

Surat LTH menjadi pilihan kami untuk tahun ini bagi menunaikan terawih, antara sebabnya dekat dengan rumah, ada aircon, selesa, dan morehnya pun sedap. Lagipun masjid kampung pandan yg kami pergi tahun dulu masih dalam pembinaan. 


5. Jam loceng sahur 

Tak payah nak set alarm kat HP ke kat jam ke. Sebabnya alarm original ni lagi cepat bangun. Dalam kul 4.30 hingga ke kul 5 pasti si sofia akan menjerit mcm nampak hantu, tapi sebenarnya dia nak susu.. dah bangun buat susu tu, terus la siapkan sahur.. 


6. Makan sahur 

Makan sahur tahun ini tak sama dengan tahun2 yang lalu, tahun yang lalu, nizam dan nasir susah sangat nak kejut makan sahur, maka terpaksala makan disuap. Tapi tahun ini, aik senang pulak si nasir ni bangun. Jadi makan la sendiri, tapi time makan tak sama-sama la pulak. Time nasir makan, ayah tengah solat, time ayah nak makan, nasir dan mak dah habis makan, maka ayah makan la sorang-sorang... 


7. Balik kampung 

Tahun2 dulu, setiap hujung minggu pasti kami balik kampung untuk berbuka dan bersama atok dan nenek. Tapi tahun ini, tidak berkesempatan untuk balik kampung, sebabnya setiap minggu nasir ada program kelas tambahan dan ayah pula sibuk hal pejabat, jadi kami balik nak raya je la nanti ye mak.. harap2 puasa terakhir dapatla kami berbuka bersama ngan atok dan nenek... 


8. Bazar Ramadhan 

Aku katakan "NO" pada bazar ramadhan pada tahun ini. Sehingga ke hari ini, aku pun belum lagi menjejak kan kaki ke bazar ramadhan, selalu beli lauk kat opis je.. kekadang tak sempat nak beli lauk kat opis, aku akan minta encik suami beli KFC je untuk menu berbuka. 

9. Mengaji Al-Quran 

Sejak tahun lepas lagi, kami amalkan mengaji secara jemaah. Maksudnya, setiap seorang akan habiskan sejuzuk dan bersambung pada juzuk yang seterusnya. Tahun lepas lancar je, 4 orang mengaji boleh khatam 2 kali pada 15 ramadhan dan 27 ramadhan. Tapi tahun ini agak tergelincir sikit, Nizam hanya dapat habiskan 4 juz je, si nasir pulak 2 juz pun tak habis2 lagi.. Mak pulak bila dah off, ayahla yg kene sambung habiskan. cuba jugak untuk khatam dua kali ni... Insyaallah. 


10. Birthday Sofia

9 Ramadhan bersamaan 26 Jun adalah birthday Sofia yang ke 2 tahun. Maka tiada la sambutan hari jadi untuk nya, hanyalah sumbangan untuk kawan2 dia di rumah pengasuh kak yati. Mohon doakan sofia menjadi anak yang solehah. 



Itu la kelainan berpuasa kami sekeluarga pada tahun ini, mungkin tahun depan lain jugak, mungkin lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. 

Selamat Berpuasa Semua.