Wednesday, 1 April 2015

MAK BAPAK

Semua orang ada mak dan ayah kan 

Saya panggil mak saya "MAK" dan panggil bapa saya "BAPAK".. sebab saya anak orang jawa.. orang jawa tak de nya nak panggil, mummy, daddy, ibu, ayah, ummi, walid, mama, papa.. itu semua moden style.. 

MAK saya orang jawa, dilahirkan di Parit Yusof, Muar pada 3 Jun 1941 sebelum merdeka lagi tau.. 

BAPAK saya pun orang jawa, keturunan asalnya dari Indonesia.. tapi saya dah tak jelas asal keturunannya.. dah berapa kali BAPAK saya cerita, tapi saya masih tak faham.. yang penting, saya ni ada keturunan Anak Jawa Barat. Kalau ikut IC bapak saya nie lahir pada 31 Oktober 1933.. masa tu tengah perang zaman jepun lagi.. sebenarnya tiada tarikh yang tetap pun... sebab zaman sebelum merdeka lagi kan.. 


ini la MAK dan BAPAK saya


Pada tahun 2015 ini, umur BAPAK saya ialah 82 tahun dan MAK saya 74 tahun. Alhamdulilah, mereka masih sihat dan masih boleh menguruskan kehidupan seharian seperti biasa. 

Aktiviti BAPAK saya ialah pergi ke masjid setiap waktu, balik makan dan tido dan hisap rokok. Sesekali dia akan pergi ke kebun untuk melihat pokok, sebab dia dah tak boleh aktif sangat, dah tak bertenaga. Satu je masalah dia.. iaitu masalah pendengaran, dia kalau buka TV, akan buka volume suara sehabisnya, akan jadi riuh la rumah tu, walaupun hakikatnya, tak de orang pun, hanya mak dan bapak saya je.. dan apabila bercakap dengan dia, kene sebut satu2, tak boleh laju2, sebab dia tak dengar dan kurang faham apa yang kita sebut. Tapi, jangan jerit kat telinga dia, nanti dia cakap "Aku tak pekak la"... kikiki 

Aktiviti MAK saya pula, mengaji, menanam pokok bunga dan sayur2 dan melayan kucing2 dan ayam.. sesekali dia akan keluar ke masjid untuk pergi ke kelas agama dan hadiri majlis kenduri di kampung.. Alhamdulilah, mak saya tak de masalah yang serius, cuma dia tak leh makan yang pelik2, sebab mudah sakit perut sbb makanan tak hadam, ataupun perut masuk angin.. 

MAK dan BAPAK kahwin tahun dalam lingkungan 1965 gitu la.. sebab abang yang sulung dah berumur 50tahun ++. 

Keturunan yang dihasilkan oleh MAK BAPAK saya 
>> anak 6 orang 
>> cucu 26 orang 
>> cicit 4 orang 

>> menantu 7 orang (sebab ada yang kawin 2 kali) 
>> cucu tiri 3 orang 
>> menantu cucu 3 orang 
>> anak angkat 2 orang 
>> cucu kepada anak angkat 1 orang 

besarkan keluarga kami.. kalau la kumpul semua memang meriah gilerr.. 

gitu la kisah MAK BAPAK saya.. ada masa saya cerita lagi.. 

BYE.. ASSALAMUALAIKUM










No comments:

Post a Comment