Ini cerita si comel saya. Aku bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan. Kehadirannya melengkapkan rumah tangga kami. Hadirnya si comel ini pada 26 Jun 2013 menunjukkan kebesaran Allah. Setelah hampir 10 tahun ku nantikan kehadiran si comel ini. Jika Allah tidak izikan, maka tiada la dia disini. Allah izinkan setelah aku betul2 bersedia untuk menjaga amanah ini.
Si comel saya bernama SITI NUR SYAZANI SOFIA. Tunggu pun dah 10 tahun, nama pun panjang la sebab simpan sikit2 lama2 jadi panjangla. Kisahnya bermula aku mula merancang kehamilan selepas kelahiran anak kedua. Selama 2 tahun aku makan pil perancang, sbb masa tu fikir kalau la beranak lagi.. mau aku ni jadi lipas kudung, dah la jarak yang pertama ngan yang kedua beza setahun je. Maka ku putuskan untuk mengambil pil perancang. Selepas 2 tahun, aku mula berhenti makan pil perancang, tapi masih belum mau anak lagi, sebab nak membesarkan anak-anak yang ada ni. Masuk tahun ketiga, mula teringin nak ada baby, tetapi risau dapat lagi lelaki, jadi cari la mana-mana petua untuk dapatkan perempuan. Lpas dah betul2 bersedia, Allah tak izinkan la pula... bersabar la aku.. dan bertaubat la aku.. kerana menolak rezeki yang Allah nak bagi..
Berita baik selepas aku pulang dari umrah pada bln Jun 2012, pada oktober 2012 aku disahkan mengandung. sujud syukur la. Allah masih sayang dan dengar rayuan dan keampunan dosa-dosaku. Setiap doa ku panjatkan keampunan dan kesyukuran, dan doa supaya dikurniakan anak perempuan.
Maka kini, dah hampir 2 tahun si comel saya ni.
Si comel saya ni suka pakai tudung apabila keluar rumah. Sbb dah terdidik dari kecik, tiada masalah untuk dia terus bertudung. Moga dia terus istiqamah untuk menutup aurat apabila dewasa kelak. Amin ya rabbal Amin.
No comments:
Post a Comment