Monday, 22 June 2015

KISAH DULU KISAH SEKARANG

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 1436H 

KISAH DULU


>> Kawin tahun 2001, umur masing2 21 tahun si isteri dan 23 tahun si suami, 
>> suami dah dapat kerja tetap seminggu sebelum majlis kawin, isteri dah berhenti kerja sebulan sebelum kawin
>> Hantaran RM3,000, mas kahwin RM22.50 (guna duit seringgit 22 keping dan seposen 5 keping) terharu pak imam mengira duit mas kahwin.  
>> majlis nikah hari jumaat, majlis rumah perempuan hari sabtu, majlis rumah lelaki hari ahad, pastu habis
>> Ambik gambar pakai kodak, beli kodak banyak2, ambik gambar yg wajib je
>> Kenduri potong ayam 50 ekor, khemah 2 set je, pengantin tak tidor malam, tolong masak untuk kenduri 
>> Honeymoon pergi terengganu naik bas.. itu pun dapat tiket menginap kat hotel free
>> Lepas kawin, dok kl menumpang rumah mak cik, isteri tak kerja, jaga rumah dan anak2 sedara 
>> Suami kerja, pinjam kereta makcik utk pegi kerja dan urus anak2 sedara pegi balik tuisyen 
>> Sebulan kawin, dah mengandung anak sulung, cabaran mengandung dan masih tinggal dengan makcik
>> selepas 3 bulan, duduk ngan makcik, dah kene halau, tiada kereta, tiada rumah, isteri mabuk mengandung pulak..  perit lalui.. dok kat KL yang penuh cabaran
>> setelah seminggu merempat, tidur di tepi jalan, mandi dimasjid, makan di tepi pasar malam, dapatla sewa rumah kat selayang dengan harga RM300 
>> Allah maha pemurah, isteri dapat pekerjaan tetap di kerajaan




>> Bulan Mac, 2012 lahirla anak sulung lelaki di Hospital Selayang dan masih menetap di rumah sewa selayang dan asyik rumah masuk air banjir je
>> menjaga anak lelaki didalam usia muda, memang banyak cabaran, setiap bulan isteri akan ambik cuti sebab anak demam la, sakit la, tak tidur malam la
>> Allah maha memahami, pindah la rumah ke sentul pada awal tahun 2013, masih menyewa dengan harga RM350, namum lebih selesa dan dekat dengan tempat kerja


>> pada bulan November 2013, lahirla seorang lagi anak lelaki di Hospital Kuala Lumpur 
>> Cabaran semangkin besar, apabila kedua anak lelaki yang sedang membesar ni umpama ultraman dan raksasanya
>> pada tahun 2014, ayah suami sakit stroke dan kami menjaganya dirumah sewa yg kecil di sentul, mohon kuartes masih tak dapat
>> bulan julai 2014, ayah suami meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur
>> Allah maha mengasihani, tahun 2015 permohonan kuartes telah diterima, dan berpindahla kami ke desa pandan. 
>> episod kehidupan kami semakin pulih, rumah yang selesa, tempat kerja yang dekat, anak-anak yang selesa untuk membesar, rezeki yang tak putus-putus. 
>> setelah 10 tahun rumahtangga yang dibina, kami dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan dilahirkan di Ampang Puteri Specialist Hospital. 

KISAH SEKARANG 



^^ Kini usia perkahwinan dah mencecah tahun yang ke-14, umur isteri 35 tahun dan suami 37 tahun. 
^^ Alhamdulilah masih kekal isteri dan suami yang sama walaupun dah 2 kali menjalankan majlis perkahwinan untuk adik lelaki si isteri dan adik perempuan si suami.
^^ Adik kawin hantaran mahal2, gambar cantik2, kita tumpang la sekaki naik pelamin je 
^^ Bila ada rezeki lebih suami akan belikan emas untuk isterinya dan bagi duit utk simpanan keluarga
^^ Alhamdulilah, setiap tahun kami akan menjamu makan orang kampung dalam bentuk kenduri ataupun majlis ilmu di masjid (lebih dari 50 ekor ayam, bagi makan kambing 2 ekor)
^^ Apabila ada kelapangan, pergi honeymoon dengan anak2 naik kereta, tak de la nak naik bas
^^ Mak cik yang kita tumpang rumahnya tu, dah tak dengar perkabaran ceritanya, dengarnya dah kawin kan anak-anaknya, semoga makcik sihat dan bahagia bersama menantu dan cucu ye
^^ Suami dan isteri pergi kerja naik kenderaan masing2 yang dah habis pun bayaran bulanannya. Hak Milik Peribadi la
^^ Usia pekerjaan suami dan isteri adalah sama usia perkahwinannya, kahwin dah dapat anak 3, kerja pulak, suami dah 2 kali naik pangkat, rezeki isteri baru sekali dinaikkan pangkat 
^^ walaupun ibu bapa si suami sudah tiada, tanggungjawab pada ibu bapa si isteri tetap diutamakan, kebajikan dijaga, sakitnya di rawati, ada masa dibawanya ibu bapanya pergi makan angin. Tempat yang paling jauh, dibawanya adalah ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama. 

^^ Si anak sulung sedang belajar di Pusat Tahfiz Al-Barakah, semoga menjadi ahli ulamaq yang berjaya 
^^ Anak yang kedua, sedang berjuang untuk menduduki peperiksaan UPSR dan UPSRA 
^^ Anak yang ketiga, sedang belajar bertutur dengan betul dan berlatih untuk tidak menggunakan pampers lagi.. (Masih kecil la, umur 2 tahun) 


KESIMPULANNYA 

1. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian 
2. Majlis perkahwinan yang gilang gemilang, belum tentu menjamin kehidupan keluarga yang sempurna
3. Berkahwin ketika usia muda bukanla kerana nafsu semata-mata tetapi membuat kita lebih matang dan bertanggungjawab 
4. Setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan, pasti Allah akan membalasnya dengan kebaikan. 
5. Hadapi setiap dugaan dan cabaran dengan penuh keikhlasan dan sentiasa beristiqamah melaksanakan ibadah 


TIPS RUMAH TANGGA 

a. Sentiasa bersyukur setiap rezeki dan cabaran yang dilalui 
b. Sentiasa menunaikan solat berjemaah bersama keluarga 
c. Sentiasa puasa sunat dan solat dhuha dan solat tahajud 
d. Berikan kebahagian dan kegembiraan kepada kedua orang tua 
e. Kongsikan rezeki bersama orang-orang yang memerlukan 
f. Didikla anak dengan ilmu agama yang tinggi
g. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak 


INILAH KISAH KEHIDUPAN SAYA SUAMI ISTERI 











No comments:

Post a Comment